Wednesday, March 21, 2007

"Ayat-ayat cinta"….itu lah tajuk buku yg baru aku selesai membacanya. Dlm masa 2 hari aku telah dpt menghabiskan buku itu.
Sungguh menarik…3-in1, kenapa 3-in-1?..sebabnya di dlm buku itu ada kisah mengenai agama islam, kisah kehidupan social orang2 mesir dan kisah cinta suci antara seorang suami terhadap isteri2nya dan cinta terhadap khaliqnya iaitu Allah s.w.t.
Aku memang tidak gemar membaca buku novel melayu, tetapi setelah mendengar pujian dan rekomendasi yg tinggi dari ukhti ku, Ikhlas, maka tergerak hati ini utk membacanya.
Sungguh benar kata si Ikhlas! Buku ini sangat menarik, dari mula aku baca hingga akhirnya, jiwa ku dibawa pergi ke negeri Mesir, Cairo dan rasanya tidak ingin ku berhenti membacanya.
Tapi sayang, setiap permulaan akan ada pengakhirannya.
Muka surat yg terakhir, aduh! Sungguh ku tak dpt sekat airmata dari berlinang keluar kerana begitu mendalam cintanya seorang hamba pada khaliqnya dan vice versa.
Buku ini membuat ku ingin sekali atau mendambarkan rasa cinta yg ada pada Maria, isteri kedua Fahri. Walaupun mulanya seorang agama nasrani namun dia suka membela agama Allah s.w.t dan menghafal beberapa surah Al-Quran. Dengan hatinya yg ikhlas, maka dia telah dipilih Allah s.w.t. untuk menjadi penghuni syurga.
Bukankah itu yg kita idam-idam kan?.....
Dari buku ini juga, banyak ilmu agama Islam yang telah dapat ku pelajari. Sungguh tidak ternilai ilmu-ilmu yang kudapati ini.
Syabas pada penulis sebab telah dapat dgn izin Allah s.w.t. menerbitkan sebuah novel yang sesuai dibaca oleh semua tidak kira berapa usia mereka.
Di bawah ini, adalah sebahagian sedutan yang amat ku gemari dari buku tersebut :
1) Maria berkata pada Fahri : "Aku saja yang Koptik boleh merasakan betapa indahnya Al-Quran dengan alif lam mim-nya. Kurasa rangkaian huruf2 seperti alif laam miim, alif laam ra, haa miim, yaa siin adalah rumus-rumus Tuhan yang dasyat maknanya. Susah diungkapkan maknanya, tapi keagungannya boleh ditangkap oleh mereka yang memiliki cita rasa bahasa Arab yang tinggi."
2) Barangsiapa yang menyakiti orang dzimmi, dia telah menyakiti diriku dan barangsiapa menyakiti diriku bererti dia menyakiti Allah.....(m/s 46) (Hadith Nabi s.a.w.)
3) Puisi : Bidadariku, Namamu tak terukir, Dalam catatan harianku, Asal usulmu tak hadir, Dalam diskusi kehidupanku, Wajah wujudmu tak terlukis, Dalam sketsa mimpi-mimpiku, Indah suaramu tak terakam, Dalam pita batinku, Namun kau hidup mengaliri, Pori-pori cinta dan semangatku, Sebab, Kau adalah hadiah agung, Dari Tuhan, Untukku, Bidadariku.
dan yang paling ku suka....pada muka surat 489.
Kalau mahu tahu kenapa aku paling suka?....sila baca buku ini....
Yand will you fufill my dream this summer?
11:49 AM